SYARAT/PENYERTAAN




1.   Terbuka kepada semua peminat MTB dari dalam dan luar Negara.

2.   Bagi peserta remaja yang berumur 13 tahun -18 tahun perlulah mendapat kebenaraan daripada penjaga masing-masing seperti tertera diborang penyertaan.Bukti pembayaran boleh juga digunakan sebagai pengesahan persetujuan penjaga untuk menyertai event ini.

3.   Kepada semua perserta adalah diwajibkan memakai topi keleder basikal yang bersesuaian,size tayar MTB dan basikal dalam keadaan baik untuk menghadapi sebarang cabaran sewaktu didalam trek.Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawap sepenuhnya diatas kelalaian serta kecuaian para peserta sendiri.

4.   Untuk kategori Jabatan Penjara Malaysia,pengurus pasukan hendaklah menentukan NO IC dan No Patil disertakan didalam borang pendaftaraan.2 kategori disediakan ,johan individu hadiah diatas dan johan kumpulan pula dikira best 4.(4 perserta yg sampai awal)

5.   Perserta juga tidak pernah mengalami sakit kronik,sihat tubuh badan sepanjang kejohanan dijalankan.

6.   Medal Finisher akan diberikan kepada perserta yang dapat menamatkan kayuhan.

7.   Borang yang lengkap berserta peryertaan sebanyak RM 60.00 (Ringgit Malaysia Enam puluh saja) hendaklah dikemukakan kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup penyertaan. Dimana peserta akan dibekalkan barangan seperti Goodis,T Shirt,makanan  pada hari kejohanan.  

8.   Borang yang sudah lengkap,berserta slip Transaksi Bank boleh diemailkan atau Whatsaap sepertimana nombor tertera diborang penyertaan.Slip Transaksi Bank yang asal hendaklah di bawa semasa tuntutan goodis masing-masing.

9.   Penarikan diri atau pasukan dalam tempoh seminggu sebelum kejohanan akan menyebabkan yuran pendaftaraan tidak akan dikembalikan.

10.   Peserta akan diberi taklimat undang-undang dan syarat-syarat tertentu sebelum pelepasan dilakukan.

11.   Segala bentuk keputusan adalah MUKTAMAD  

12.   Hadiah kejohanan serta barang cabutan bertuah tertakluk kepada penetepan Jawatankuasa penganjur.

13.   Tiada apa-apa tindakan perundangan yang boleh diambil serta dilakukan terhadap pihak penganjur atau mana-mana individu kejohanan diatas sebab-sebab kemalangan kepada perserta atau kehilangan barangan milik perserta.


PENAFIAN

Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang masalah yang timbul daripada perserta kerana kecuain serta kelalaian jika didapati melanggar sebarang syarat-syarat penyertaan yang sudah ditetapkan.

Pihak Penganjur juga BERHAK untuk mengubah,menukar serta meminda mana-mana bahagian didalam syarat-syarat peryertaan pada bila-bila masa tanpa perlu memaklumkan kepada perserta.

Syarat-syarat tambahan bagi kategori Penjara akan dihantar melalui urusetia institusi masing-masing.



PERATURAN TEKNIKAL

1   Semua peserta dikendaki membawa semua kelengkapan untuk pertandingan termasuk basikal dan peralatan membaik pulih basikal.

2    Hanya basikal bukit (MTB) dibenar digunakan semasa pertandingan

3     Peserta adalah disarankan menggunakan tayar berbunga yang sesuai dengan jalan “offroad”.

4      Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan kepada mana-mana peserta yang tidak mematuhi spesifikasi basikal yang ternyata.

5     Peserta dikehendaki memasang nombor plat  pada basikal dan tidak dibenarkan melipat atau dirosakkan.

6     Semua peserta diwajibkan memakai nombor plat yang dibekalkan oleh penganjur.

7     Peserta hendaklah sentiasa mematuhi arahan pegawai teknikal dan marshall yang bertugas di sepanjang pertandingan.

8     Jika berlaku sebarang kerosakan pada basikal semasa pertandingan, peserta dibenarkan menukar basikal sesama ahli pasukan 


9      Semua peserta akan meletakkan basikal secara teratur di tempat yang dikhaskan oleh pihak penganjur di garisan penamat.

10  Lain-lain peraturan terkini akan dimaklumkan sebelum pertandingan dimulakan.

11     Semua peserta perlu mendengar taklimat kejohanan sebelum peserta dilepaskan

12     Sebarang keraguan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dan keputusan yang dibuat adalah muktamad



PENDAFTARAN TELAH DIBUKA

DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN MELALUI FB (klick here)

DOWNLOAD BORANG GUNA GOOGLE DRIVE (klick here)

3 comments:

  1. Sakitnya tuh di sini mata pakcik membaca nak... Apo lak ai kocik bonar size font yg dipakai jang...

    ReplyDelete
  2. surat ke semua intitusi penjara dah edar tak tuan...( wakil penjara sg.udang)

    ReplyDelete
  3. Kami akan hantar surat jemputan/syarat2 penyertaan ke semua intituasi penjara malaysia dalam masa yang terdekat ini...terima kasih

    ReplyDelete